Monday, August 2, 2010

LAGI TIPS-TIPS BERGUNA


MAI MINUM AIR PUTIH

Dahaganya… Minum banyak air pun tekak masih terasa haus lagi. Tapi air apa yang kita minum? Milo ais? Sirap limau? Teh tarik? Jus buah? Coke?

Mengapa tak nak minum air putih? Apa? Tak best? Tak sedap? Tak ada rasa? Hmm… Begitulah persepsi segelintir masyarakat kita tentang air putih atau dipanggil air kosong, air masak ni. Mungkin ramai yang terlepas pandang kebaikan minum air putih.

Tahukah anda semua air putih mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air putih sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.

Berikut lapan sebab yang ingin SAYA kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

4 comments:

  1. jangan lupa, pada mrk yang darah tengah naik, rendam lengan di dlm air. Cara ini dpt menurunkan pressure darah.

    ReplyDelete
  2. btoi3...terima kasih krn memberi nasihat yang berguna...

    ReplyDelete
  3. agak kalo panas baran pown leh gak gne air tu tuk mandi..leh kurg kn thp kemarahan tu..betol x??

    ReplyDelete
  4. btoi3....tp air 2 biar kne start pd kaki dlu coz bg tubuh kite y tgh pnas coz pnas barab td biase dgn thap air..supaya urat kite tidak terenjat...

    ReplyDelete