Sunday, July 25, 2010

TIPS-TIPS MEMILIH PAKAIAN


Pemilihan warna pakaian
Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.
  1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
  2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
  3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
  4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Jangan sesekali :
Nekad menggunakan pakaian yang berwarna terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian yang berwarna merah jambu terang. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah dan kelihatan hodoh! Selain itu, anda juga tidak boleh mengenakan aksesori dari rambut hingga kaki yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dikenakan.

  1. 1. Kaca mata gelap
    Kaca mata gelap membuatkan anda tampil lebih ‘cool’ dan sangat berguna apabila berada di bawah terik matahari. Bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung mata, kaca mata gelap antara aksesori lelaki yang menampilkan karisma seseorang. Sekiranya anda mahu memiliki kaca mata gelap, pastikan anda membeli yang sepadan dengan bentuk wajah anda (bulat, bujuk, bersegi dan sebagainya).

    2. Jam tangan
    Lelaki yang gemar memakai jam tangan menunjukkan dirinya seorang yang mementingkan masa. Bagi seseorang lelaki juga, jam tangan berjenama mewah juga melambangkan prestij serta memberi kepuasan pada diri sendiri. Jika anda memakai jam tangan, tidak perlu berlebih-lebih dengan memakai gelang tangan.

    3. Gelang tangan
    Bagi anda yang memilih gelang tangan sebagai aksesori untuk digayakan, pilihlah jenis yang ringkas tetapi unik rekaannya. Sama ada jenis perak mahupun kulit.

    4. Kafling
    Tidak ramai lelaki memakai kafling kecuali mereka yang berstatus eksekutif. Kafling melambangkan seseorang yang berjaya dalam kerjaya. Biasanya kafling digayakan bersama kemeja jenis French Cuff.

    5. Topi
    Seperti juga kaca mata gelap, topi bukan sekadar pelengkap gaya tetapi berguna untuk melindungi dari cuaca panas.Jika dilihat, fesyen hari ini menampilkan pelbagai jenis topi yang sesuai digayakan. Paling digemari lelaki adalah topi jenis baseball, namun ‘straw hat’ atau fedora kini semakin diminati.

    6. Tali pinggang
    Tali pinggang antara aksesori pelengkap gaya yang sememangnya sudah sebati dengan lelaki. Penggunaan tali pinggang bukan hanya untuk mengetatkan seluar yang longgar tetapi turut bertindak sebagai item fesyen. Sama ada jenis formal mahupun kasual, tali pinggang pasti membuatkan gaya anda lebih menyerlah. Pilih dan pakai tali pinggang mengikut kesesuaian acara.

    7. Tali leher
    Tali leher antara aksesori pelengkap gaya ke pejabat. Biasanya tali leher digayakan dengan kemeja sama ada dalam rona warna sedondon atau berbeza. Kini terdapat pelbagai pilihan warna dan corak tali leher yang boleh digayakan. Tali leher ‘skinny’ juga semakin popular bukan hanya untuk dipadankan dengan kemeja ke pejabat tetapi juga kemeja kasual.